Halaman

Selamat Datang

Jangan Lupa baca Basmallah dalam memulai segala aktivitas :)

Selasa, 24 Januari 2012

KEAJAIBAN DUNIA SAAT ROSULULLAH S.A.W DILAHIRKAN

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah
di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam
semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan
menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia
merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam
konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan
selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.
Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal
dan hanya diberikan kepada seorang nabi

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya
tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena
masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan
bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami
oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang
kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa
beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada
seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan
berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah
memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus
dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi
subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga
hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran
surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara
bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama
Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu
berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang
dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-
Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam
kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan.
Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun
dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata
“ Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi.
Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia.
Namakan dia Ahmad. ”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah
dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi
Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan
datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya
keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari
sehingga ke Istana Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga
dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan
menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber
Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya
terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan
kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang
berdoa.
Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya
sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia
mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah
yang akan menghapuskan segala perkara syirik ”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah.
Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan
memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah
sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang
terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada
di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada
Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah
lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan
mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan
penyembahan Yang Maha Mengetahui. ”
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di
mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala
empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara
tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama
seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut
merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap
sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava
yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda
bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah
tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda
adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita
kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti
kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab
kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul
yang terakhir.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar